Kolej
Teknologi Bestari atau nama singkatannya KTB mula beroperasi pada
4 Jun 1998 di kampus sementara yang bertempat di bangunan yang
disewa dari Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) di kampong Saujana,
Setiu, Terengganu. Pada mulanya KTB menjalankan program dengan
Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila memorandum persefahaman
(MoU) telah termeterai di antara Y.M. Dato’ Dr. Tengku Mahmud
Mansor selaku Pengerusi Eksekutif Kolej Teknologi Bestari dengan
Universiti Putra Malaysia yang telah diwakili oleh Naib Canselor,
Tan Sri Dato’ Syed Jalaluddin Syed Salim.
Pada
bulan Mei 1998, pihak Lembaga Akreditasi Negara (LAN) telah meluluskan
untuk menjalankan program pengajian.Sehubungan dengan itu, Kolej Teknologi
Bestari telah menerima pelajar pertamanya seramai 304 orang bagi mengikuti
program Bacelor Pentadbiran Perniagaan, Bacelor Pendidikan, Diploma
Sains Komputer dan Matrikulasi Perakaunan dan Pengurusan.Pada sesi
Mei 1999, Kolej Teknologi Bestari telah mendapat kelulusan untuk menjalankan
tiga (3) program baru iaitu Diploma Pengurusan Perniagaan, Sijil Pengurusan
Perniagaan dan Sijil Sains Komputer. Pada masa yang sama dua (2) program
telah dihentikan iaitu Bacelor Pendidikan dan Matrikulasi Perakaunan
dan Pengurusan. Menyedari permintaan yang tinggi daripada pelajar
seluruh Negara, tiga (3) program baru telah diperkenalkan iaitu Diploma
Perniagaan Berkomputer dan Diploma Teknologi Maklumat pada sesi Mei
2002. Manakala pada sesi Mei 2004, program Diploma Kewangan dan Perbankan
dijalankan dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia. Mulai sesi
Mei 2004, Kolej Teknologi Bestari telah berwajah baru apabila berpindah
ke kampus induknya di Putera Jaya, Bandar Permaisuri yang menelan
belanja sebanyak RM 30 juta.
::
Kolej Teknologi Bestari (KTB) Kini
Walaupun
masih belum dikenali di seluruh Negara, namun KTB merupakan IPTS pilihan
bagi pelajar-pelajar di Pantai Timur. Sehingga kini seramai 1,500
orang pelajar sedang mengikuti sembilan (9) program pengajian yang
terdiri daripada para pelajar seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Pelbagai
strategi telah dirangka oleh pihak pengurusan bagi meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan keefisienan pentadbiran bagi merealisasikan hasrat untuk
menjadi kolej universiti dan melahirkan lepasan pelajar yang berkualiti
dan berdaya saing. Usaha bersungguh-bersungguh sedang dibuat untuk mempelbagaikan
lagi bidang pengajian dan memperbanyakkan program peringkat Sarjana
Muda. Dijangkakan KTB akan menjalankan pelbagai program baru di peringkat
diploma seperti Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan
Elektronik, dan Kejururawatan manakala Sains Komputer bagi peringkat
Sarjana Muda.
Kini
pembangunan sahsiah pelajar turut ditekankan terutama dari segi
persatuan pelajar dan ko-kurikulum bagi melahirkan pelajar yang
seimbang dari segi akademik dan pembangunan peribadi. Kebajikan
pelajar menjadi satu keutamaan dengan memperkenalkan konsep “belajar
dahulu bayar kemudian” sehingga mendapat penajaan.
Usaha
ini telah dapat membuka peluang kepada golongan berpendapatan rendah
untuk turut mendapat pendidikan tinggi. Gabungan tenaga daripada pihak
Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan, kakitangan akademik dan sokongan
yang sangat perihatin dengan golongan yang berpendapatan rendah dan
anak-anak yatim menjadi kekuatan bagi kolej ini untuk terus berkembang
dan berusaha melahirkan para pelajar yang terbaik di Negara ini.