" K o l e j     T e k n o l o g i     B e s t a r i "

  :: Perpustakaan Kolej Teknologi Bestari
 
  Pengenalan  
 
 
  :: Info  
 

Perpustakaan Kolej Teknologi Bestari (KTB) telah memulakan operasinya pada 4 Jun 1998. Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan aktiviti-aktivitinya, enam orang kakitangan telah di tempatkan di perpustakaan iaitu seorang Pustakawan, seorang Penolong Pegawai Tadbir Perpustakaan dan empat orang Pembantu Tadbir Perpustakaan telah ditugaskan mengawal selia dan mengurus hal–hal yang berkaitan dengan perpustakaan.

 
Perpustakaan KTB mempunyai dua aras iaitu tingkat 1 dan tingkat 2 yang mana setiap tingkat mempunyai fungsi yang berlainan bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran.
  :: Misi & Objektif  
  • Menjadi pusat penyebaran maklumat yang terbaik.
  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada warga kolej.
  • Mewujudkan budaya celik ilmu di kalangan pelajar.
  • Menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik.
  • Meningkatkan kadar literasi maklumat di kalangan pelajar.
  • Menjana budaya intelektualisme di kalangan pelajar.
  • Mewujudkan budaya menyanjungi ilmu dan pengetahuan.
  • Merangsang konsep ‘mutual learning’ di kalangan pelajar bagi mewujudkan budaya perkongsian maklumat.
  :: Fungsi & Peranan  
  • Menyediakan bahan-bahan rujukan untuk pelajar dan kakitangan
  • Mengurus pembelian buku berdasarkan pengajian yang ditawarkan
  • Tempat rujukan untuk pencarian bahan bercetak dan berkomputer
  • Menyediakan satu tempat mengulangkaji pelajaran secara kondisi
 
  :: Keahlian.  
Pelajar dan kakitangan KTB secara automatiknya menjadi ahli perpustakaan.
Kad matrik pelajar / pekerja juga merupakan kad perpustakaan .Perlu mengisi borang keahlian terlebih dahulu.
  :: Sistem yang Digunakan.  
Perpustakaan KTB menggunakan SISTEM PUSTAKAWAN bagi pengurusan bahan-bahan bermula dengan perolehan, pengkatalogan serta sirkulasi di samping urusan keahlian. Barkod digunakan bagi mempercepatkan proses pinjaman, pemulangan dan juga semakan stok bahan
  :: Kategori Pinjaman  
Kategori
Jumlah Pinjaman
Tempoh
Pelajar
4
14
Pensyarah
8
80
Pustakawan
8
180
Pengurusan
5
30
IKB/Perkaya
4
14
Staff Sokongan
4
30
• Denda lewat RM 0.10/Hari/Buku
 
 
| KTB | © Hakcipta Terpelihara 2005 |
| Hubungi Kami | Kemaskini : Jun 2008|