" K o l e j     T e k n o l o g i     B e s t a r i "

  :: Hal Ehwal Akademik :: Jabatan Tajaan & Pinjaman Pelajar
 
  Pengenalan  
 
   
:: info

Kolej Teknologi Bestari (KTB) merupakan salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang menjalankan program kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan merupakan kolej yang pertama berusaha memartabatkan anak-anak Melayu miskin, golongan PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin) dan anak-anak yatim di seluruh Malaysia yang berkemampuan dalam bidang akademik untuk mendapatkan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Justeru itu, penubuhan kolej yang tidak bermotifkan keuntungan semata-mata (non-profit making institution) tetapi lebih ke arah kebajikan ini cuba merealisasikan pembangunan keilmuan dalam arus perdana globalisasi negara supaya peluang pendidikan ini turut sama dikecapi oleh masyarakat luar bandar dan anak-anak yatim di seluruh negara.

Unit Tajaan dan Pinjaman telah diwujudkan oleh pihak kolej yang bertanggungjawab untuk mencari sumber kewangan kepada pelajar yang mempunyai potensi akademik yang baik untuk membantu membiayai kos perbelanjaan pembelajaran mereka agar konsep pendemokrasian pendidikan
dapat dilaksanakan.

:: Objektif

Kebanyakan pelajar Kolej Teknologi Bestari terdiri daripada pelajar-pelajar luar bandar, miskin dan golongan PPRT serta anak-anak yatim yang berkemampuan dalam bidang akademik tetapi mempunyai taraf hidup yang rendah dan tidak berupaya untuk menampung perbelanjaan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi. Maka, dengan itu suatu pembiayaan adalah amat diperlukan bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.


Untuk mendapatkan satu punca pembiayaan alternatif selain daripada tanggungan ibu bapa pelajar bagi meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan.

 
:: Tugasan Unit Tajaan Dan Pinjaman

Berikut adalah beberapa tugas utama Unit Tajaan dan Pinjaman:

* Unit ini mengurus pentadbiran penajaan pelajar.
* Mengurus segala dokumentasi pelajar-pelajar yang layak mendapat tajaan.
* Menyimpan rekod yang berkaitan dengan penajaan pelajar.
* Membuat pelaporan kemajuan pelajar-pelajar kepada penaja di setiap semester.
* Menyelaras mengenai tuntutan yuran pengajian setiap pelajar mengikut semester.
* Membuat penyelarasan dalam hal-hal tajaan bagi pelajar-pelajar pelbagai jabatan.
* Mencari peluang-peluang penajaan baru kepada pelajar dengan
membuat peninjauan dengan badan-badan penajaan pelajaran.

 
 
 
| KTB | © Hakcipta Terpelihara 2005 |
| Hubungi Kami | Kemaskini : Jun 2008|