Pengenalan

Unit Alumni bertanggungjawab untuk merancang, melaksana dan memantau kegiatan Alumni yang boleh memberi faedah kepada pelajar, Alumni dan Kolej. Selain itu Unit Alumni bertekad menjadi sumber rujukan mengenai Alumni dan mewujudkan hubungan strategik yang berterusan di antara Alumni dengan pihak kolej untuk kecemerlangan Kolej Teknologi Bestari dalam melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan berkebolehan.

Latar Belakang

Kolej Teknologi Bestari telah melahirkan ramai alumni. Bilangan ini semakin meningkat setiap tahun. Pengwujudan almuni telah menjadi salah satu agenda utama dan tanggungjawab merealisasikan matlamat yang digariskan telah diletakkan di bawah Timbalan Ketua Eksekutif (HEPA). Di Kolej Teknologi Bestari, Unit Alumni belum lagi ditubuhkan. Sebelum ini Alumni hanya ditubuhkan dalam satu Kelab yang telah uruskan oleh Pegawai Tadbir pada tahun 2007, tetapi tidak bergiat sepenuhnya. Penubuhannya bukan sekadar mengumpul semula para graduan malah mempunyai fungsi yang lebih fleksibel seperti pembangunan dan perkongsian idea-idea bagi mencapai objektif yang tertentu. Antara objektif utamanya adalah mempromosikan KTB supaya menjadi lebih terkenal diseluruh negara, memupuk perpaduan, integrasi dan tali silaturrahim warga alumni Kolej Teknologi Bestari serta membantu ahli persatuan dalam pembangunan profesionalisme, intelektual, kerohanian dan sosio-ekonomi.

Visi

Bertekad menjadi sumber rujukan mengenai Alumni dan mewujudkan hubungan strategik yang berterusan di antara Alumni dengan Kolej ke arah mempromosikan Kolej.

MISI

Merancang, melaksana dan memantau kegiatan Alumni yang boleh memberi faedah kepada pelajar, Alumni dan Kolej.

Visi

Menjaga kebajikan ahli persatuan Memupuk perpaduan, integrasi dan tali silaturrahim warga alumni Kolej Teknologi Bestari Membantu ahli persatuan dalam pembangunan profesionalisme, intelektual, kerohanian dan sosio-ekonomi.

Matlamat

Menghimpunkan kembali bekas-bekas pelajar Kolej Teknologi Bestari melalui pelbagai aktiviti yang bakal dirancang Menyediakan satu platform bagi para alumni untuk menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan Kolej Teknologi Bestari. Mewujudkan jalinan hubungan erat di antara para alumni dengan Kolej Teknologi Bestari. Menyediakan prasarana informasi mengenai kegiatan dan hal ehwal persatuan Menganjurkan aktiviti-aktiviti persatuan ke arah pembentukan jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang seimbang.

Presiden
Mohd Fauzi bin Ibrahim

Tim. Presiden
Mohd azmi bin Jusoh

Setiausaha
Nurul Syuhada binti Arifin

Tim. Setiausaha
Wan Noor Zubaiyah bt Wan Ibrahim

Bendahari
Norlien Aziz

Tim. Bendahari
Nurulizzati binti Yusof

Penasihat
Ust. Dr Sudirman bin Abd. Fatah